Wednesday 25 December 2013

PlEaSe kOrANG JaNGAN TAkut Dengan KegagGAlaN


Hai Asalammualaikum korang and selamat petang ! Fuhh.. sejak akhir-akhir ni rajin pulak aku menulis dekat blog aku ni heeee... Maybe dah kene sampung hantu bLog kot heee.. Hari ini aku lepak kedai buku, lama dah tak bau buku yang boleh buat aku bahagia heee.... Aku ni lepak kedai buku tak beerti aku nak beli buku, tapi aku suka baca buku-buku yang ada dekat situ jep heeee... Walau dah dua, tiga kali kene sound ngan bos kedai tu aku wat bodoh je heeee.... Macam biasalah kalau aku masuk kedai buku ni, aku suka belek-belek buku motivasi hahaha. Saje memotivasikan diri yang tak bape baik ni heee... Tengah dok mencari buku yang aku nak baca, tetiba aku ternampak satu buku yg cukup menarik perhatian aku! heee.. Tajuk buku tu berbunyi begini jika dibaca "BERANI UNTUK GAGAL".


Apa lagi, aku ambik jelah buku tu. CAM menarik je isi buku tu hee.. Cam biasa aku akan lepak dekat pot hujung kedai buku tu untuk membaca. Setelah aku baca buku tu apa yang aku dapat simpulkan buku tu cukup bagus! Korang nak tahu tak apa yang aku dapat dari buku tu??? heee... Meh aku share sikit ilmu yang aku sempat save dekat dalam kepala aku ni.




Menurut buku tu, ramai orang yang hanya menginginkan kejayaan sahaja tanpa menginginkan kegagalan. Sebenarnya kegagalah yang mengajar kita untuk terus bangkit untuk mencapai kejayaanSemakin banyak kegagalan yang kita tempuhi semakin mahirlah kita untuk mengatasi segala masalah yang bakal timbul nanti. Tak kurang juga ada manusia yang takut untuk menghadapi kegagalan sehingga sanggup membunuh diri disebabkan kecewa! Aku nak tanya korang semua, ada ke orang yang berjaya tak menghadapi sebarang kegagalan dalam hidup dia orang? Aku rasa takda, kalau adapun mungkin sedikit. Sering kali kita dengar bahawa kejayaan seseorang itu datangnya dari kegagalan yang dihadapinya.



Sebagai contoh aku ambik  JACKIE CHAN, mesti korang kenalkan? Kalau sebut je JACKIE CHAN mesti korang akan terbayangkan dengan lagak aksi-aksi kung-fu beliau yang hebat dan lucu, di dalam filem-filem HONG KONGnya yang sentiasa mendapat sambutan takurang jugak filem-filem HOlloyWood yang turut dilakunkannya. Namun menjadi seorang superstar Asia ke peringkat antarabangsa bukan berlaku sekelip mata. JACKIE CHAN dilahirkan di dalam keluarga miskin. Pernah dilaporkan bahawa semasa ibunya mengandung, lantaran kemiskinan, mereka tidak melahirkan JACKIE CHAN sehingga 12 bulan, yang mana akhirnya terpaksa melakukan pembedahan....... Kira terpaksa keluarkan si JACKIE CHAN ni awal ar dari kandungan ibu dia.


Sewaktu muda si JACKIE CHAN ni dah mula menunjukkan minat dia dekat seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan do, Judo, Wing Chung dan banyak lagilah. Hidup si JACKIE CHAN ni amatlah susah sehingga dia terpaksa tinggal di Flat yang cuma ada satu bilik je huhu... NAmun kesusahan tu bukan pengahalang JACKIE CHAN mendalami seni mempertahankan diri. Setiap hari dia akan berlatih Kung-Fu nya di Flatnya selama 18 jam. Dia sentiasa berlatih bersungguh-sungguh walaupun kadang-kadang dia gagal nak kuasai beberapa step Kung-Fu yang agar sukar. Dia sentiasa menganggap kegagalan itu sebagai suatu kekuatan untuk dia terus bangkit dalam mempelajari seni Kung-Fu ni. Usahanya membuahkan hasil yang lumayan, buktinya dia telah terkenal menjadi bintang filem aksi yang membawa generel KUng-fu-nya di dalam setiap filem yang dia belakun.


SO korang semua, kegagalan bukanlah satu penamat hidup untuk kita berhenti berusaha. Kalau korang nak berjaya korang kenelah berani menghadapi kegagalan, jangan takut untuk bangkit semula selepas gagal. Aku nak katakan dekat korang semua usaha keras dan sikap tidak putus asa selepas gagal adalah asas untuk berjaya.


"BUKA SENANG UNTUK JADI SENANG KEBANYAKAN ORANG GAGAL DI DALAM KEHIDUPAN ADALAH INDIVIDU YANG TIDAK MENYEDARI BETAPA HAMPIRNYA MEREKA DENGAN KEJAYAAN TATKALA MEREKA MULA MENYERAH KALA" 

Ingat tu koranG!!!  

No comments:

Post a Comment