Saturday 28 December 2013

Minat BILLL GATES Menyebabkan Dia Menjadi Kaya

Hai Asalammualaikum semua kepada sesiapa yang sudi menjengah blog hambo ni ya heee.... Erm hari ni aku lepak kedai minum ngan membe-membe aku. Lama gaklah lepak cause lama dah tak jumpa dia orang semua heee.... Erm cuma yang aku tak puas hati time lepak kawan-kawan aku ni sebuk beno dengan telefon masing-masing, tahulah sekarang dah maju an. Aku tahulah Telefon bimbit sekarang atau telefon pintar dah boleh masuk internet, yang kaki Facebook tu 24 jam dengan Facebook dia orang sampai jadi anti sosial poyo betul.



Hari ini aku nak cite pasal komputer. KOrang kenal tak BILLL GATES? Hai kalau pakai komputer tapi tak kenal siapa si BILLL GATES ni baik korang buang je komputer korang tu heeee.... Ehhh!!! jangan buang aku gurau je heee... Meh aku citekan dekat korang tentang Encik BILLL GATES ni dari awal ok! Yang dah tahu tu takpa dengar je cite aku ni heee....

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia. BILLL GATES ketika  muda adalah seorang yang amat cerdik. Si BILLL GATES ni sering menjadi pelajar terbaik di sekolah terutama dalam bidang matematik dan sains sehingga berjaya ke Harvard University dan dengar cite dia pernah kene buang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy.



Satu perkara mengenai si BILLL GATES ni dia minat terhadap komputer. Apabila didedahkan dengan ciptaan komputer pertama, ianya bagai cinta pandang pertama buat si BILLL GATES! Dia terlampau suka dengan komputer dan programming membuatkan si BILLL GATES ni menjadi teruja dengan teknologi. Beliau mengambil keputusan untuk mendalami ilmu programming. Oleh kerana kepintarannya dalam bidang matamatik dan sains, segalanya menjadi mudah. Minat dan keghairahan si BILLL GATES terhadap komputer dan programmingnya, menjadi pemandu utama dalam mencapai kejayaan menjadi orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007).


Pengajaran yang aku nak bagi tahu korang: Lakukan apa yang korang minat! Kekuatan dan bakat yang korang ada jangan sia-siakan ok! Bagi aku dengan melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat memudahkan jalan kita untuk mencapai kejayaan. Kalau ada minat semua jadi !!! Jangan minat tapi buat sesuatu perkara tu bak hangat-hangat taik ayam tak guna jugak heee..


Ok korang sampai sini je aku tulis ok! Salam kejayaan buat korang semua!!!




Thursday 26 December 2013

Korang Yang Pernah Makan KFC Wajib Baca

Asalammualaikum korang semua. Erm hari ini aku takda mood sebenarnya nak tulis, tak tahu napa huhu... Jam pon dah pukul 12.25 pagi. Hari ini dah lah moto aku pancit sedih jep huhu... Memang takda mood je rasa. Tapi aku rasa aku tetap jugak nak tulis dekat blog aku ni walaupon takda mood huhu... Ok ! Hari ni aku nak cite street to the point, ceh speaking pulak heee... Sebelum ni kalau korang ada terbaca aku tulis dekat blog aku pasal "BERANI GAGAL". 
OK sekarang aku nak cite benda lain pulak.

Ok aku nak tanya korang suka makan KFC tak? Mesti sukakan heee... Kalau yang tak suka pon mesti tahu jika disebut KFC iaitu Restoren francais yang menjual ayam goreng dengan resepinya tersendiri. Erkk lapar pulak bila nak cerita pasal KFC ni heee... OK korang mesti tahu logo KFC kan? Ada gambar atau replika orang tua berjanggut putih di kebanyakkan outlet KFC mahupun pada iklan-iklan berkaitan dengan KFC. KOrang tahu tak siapa orang tua berjanggut putih ni? Dah aku dah tahu jawapannya korang tak tahu heee... Yang dah tahu tu baguslah nampak sangat korang peminat setia KFC kan? heee...



OK, biar aku cite siapa orang tua berjanggut putih ni secara ringkas dekat korang. Nama orang tua berjanggut putih ni HARLAND DAVID "COLONEL" SANDERS. Dia dilahirkan pada 9 September 1890 di sebuah ladang berdekatan dengan Hendryville, Indiana. Sejak kecil dia dah takda ayah sebab meninggal masa umur dia 6 tahun. Ibu dia terpaksa bekerja sebagai tukang jahit baju untuk besarkan dia dengan adik-adik dia. SI SANDER(Orang tua berjanggut putih) masa kecil lagi mak dia dah ajar dia seni masakan daerah. Tak berapa lama bapak dia meninggal mak dia pun kahwin lagi sekali,  SANDER yang masa tu umur 12 tahun telah berhenti sekolah. Dia keluar rumah dan mula bekerja.  SANDER melakukan banyak kerja macam pertanian, kapal wap , penyelia pekerjaan landasan kereta api dan banyak lagi ar untuk tampung hidup.



Masa umur dia 40 tAHUN  SANDER  mula menjual ayam goreng dekat stesen gas yang dimiliki di North Corbin, Kentucky pada tahun 1930 .Kedai makan dia dinamakan  SANDER COURT & CAFE.  Disebabkan perniagaan dia maju  SANDER telah diberi gelaran kehormat "Kentuckuy Colonel" oleh Gabenor Kentuky, Ruby Laffoon.  SANDER telah besarkan kedai makan dengan menambahkkan 142 kerusi lagi. DIa mendapat pelanggan yang selalu menuju ke Florida, nak jadikan cite apabila laluan baru dirancang pada 1950 an untuk menuju ke Florida, kedai makan si  SANDER  ni hampir lingkup kerana orang tak ramai lalu depan kedai dia,

SI  SANDER terlampau bnayak  hutang sampai dia terpaksa menjual hartanah miliknya untuk selesaikan hutang. Dia mengalami kerugian yang besar kedai makan dia ditutup dan ketika itu umur orang tua berjanggut putih ni atau  SANDER berusia 65 tahun. Dia jatuh miskin, yang tinggal harta dia rumah buruk yang kecil dan van buruk. Namun dia tak putus ase, dia bertekat untuk mengubah kesempitan hidup dia.  SANDER  mula bergerak keluar dengan ven buruk dia untuk mengembara ke seluruh Amerika dengan tujuan untuk menjual satu-satu resepi yang dia ada iaitu " SECRET RECIPE OF KENTUCKY FRIED CHIKEN".

 SANDER pergi ke banyak kedai makan namu resepi dia di tolak secara mentah-mentah oleh pemilik kedai makan yang dia pergi. Malah ada orang cakap dia orang tua gila sebab dah tua tidur dalam ven dan sentiasa pakai pakian serba putih sama dengan janggut dia yang putih tu. Hampir 1000 kali resepi dia ditolak sampailah kedai makan atau restoren yang ke 1009 menerima resepinya dan mengatakan resepi dia sedap. Orang yang menerima resepi dia  ialah Pete Harman di South Salt Lake, Utah.  SANDER dan Pete Harman bekerjasama membuka kedai pertama Kentucky Fried Chicken pada tahum 1952.

Pada tahun 1960, Kentucky Fried Chicken telah dijual dengan lebih daripda 600 kedai francais dikedua-dua tempat iaitu Amerika Syarikat & Kanada. SANDER menjual operasi KFC seluruh francais pada tahun 1964 untuk US$2 juta dollar bersamaan dengan US$14.987.124 hari ini. Sejak daripada itulah, rangkaian KFC telah menjual tiga kali lagi kepada HEUBLEIN dalam tahun 1971 kemudian kepada RJ REYNOLDS 1982 dan PEPSI CO pada tahun 1986 yang menjadikan ia sebahagian daripada RESTOREN bahagian TRICO GLOBAL yang kemudianya telah ditubuh pada tahun 1997 dan sekarang tak silap aku nama dia YUM! BRANDs


SANDER meniggal pada tahun 1980, dan dia kekal sebagai simbol  utama  syarikat tu dalam buat promosi.


SO korang dah tahukan cerita disebalik orang tua berjanggut putih dekat logo KFC tu? BAgi akulah kuat betul semangat si SANDER ni. Walau dah tua pon sanggup nak berjaya! Bagus, bagus! Semangat si SANDER  ni mengingatkan aku dekat pencipta mentol lampu yang dah gagal banyak kali . Apabila ditanya kisah kegagalannya dia menjawab

"I HAVE NOT FAILED 1,000 TIMES. I HAVE SUCCESFULLY DISCOVERED 1,000 WAY TO NOT MAKE A LIGHT BULB".

sO KORAng janganlah nak cepat mengalah ok! Please berusahalah seperti SANDER. Walaupun dah tua tetap nak berjaya. Oklah aku nak tidur dulu, penat dah becerita dekat korang ni heeee.. Hope apa yang korang baca pasal kesah SANDER ( orang tua berjanggut putih di logo KFC) menjadi kekuatan untuk korang lebih berusaha. ok nanti aku tulis lagi ok ! Salam semua nak masuk tidur hee..

Wednesday 25 December 2013

PlEaSe kOrANG JaNGAN TAkut Dengan KegagGAlaN


Hai Asalammualaikum korang and selamat petang ! Fuhh.. sejak akhir-akhir ni rajin pulak aku menulis dekat blog aku ni heeee... Maybe dah kene sampung hantu bLog kot heee.. Hari ini aku lepak kedai buku, lama dah tak bau buku yang boleh buat aku bahagia heee.... Aku ni lepak kedai buku tak beerti aku nak beli buku, tapi aku suka baca buku-buku yang ada dekat situ jep heeee... Walau dah dua, tiga kali kene sound ngan bos kedai tu aku wat bodoh je heeee.... Macam biasalah kalau aku masuk kedai buku ni, aku suka belek-belek buku motivasi hahaha. Saje memotivasikan diri yang tak bape baik ni heee... Tengah dok mencari buku yang aku nak baca, tetiba aku ternampak satu buku yg cukup menarik perhatian aku! heee.. Tajuk buku tu berbunyi begini jika dibaca "BERANI UNTUK GAGAL".


Apa lagi, aku ambik jelah buku tu. CAM menarik je isi buku tu hee.. Cam biasa aku akan lepak dekat pot hujung kedai buku tu untuk membaca. Setelah aku baca buku tu apa yang aku dapat simpulkan buku tu cukup bagus! Korang nak tahu tak apa yang aku dapat dari buku tu??? heee... Meh aku share sikit ilmu yang aku sempat save dekat dalam kepala aku ni.




Menurut buku tu, ramai orang yang hanya menginginkan kejayaan sahaja tanpa menginginkan kegagalan. Sebenarnya kegagalah yang mengajar kita untuk terus bangkit untuk mencapai kejayaanSemakin banyak kegagalan yang kita tempuhi semakin mahirlah kita untuk mengatasi segala masalah yang bakal timbul nanti. Tak kurang juga ada manusia yang takut untuk menghadapi kegagalan sehingga sanggup membunuh diri disebabkan kecewa! Aku nak tanya korang semua, ada ke orang yang berjaya tak menghadapi sebarang kegagalan dalam hidup dia orang? Aku rasa takda, kalau adapun mungkin sedikit. Sering kali kita dengar bahawa kejayaan seseorang itu datangnya dari kegagalan yang dihadapinya.



Sebagai contoh aku ambik  JACKIE CHAN, mesti korang kenalkan? Kalau sebut je JACKIE CHAN mesti korang akan terbayangkan dengan lagak aksi-aksi kung-fu beliau yang hebat dan lucu, di dalam filem-filem HONG KONGnya yang sentiasa mendapat sambutan takurang jugak filem-filem HOlloyWood yang turut dilakunkannya. Namun menjadi seorang superstar Asia ke peringkat antarabangsa bukan berlaku sekelip mata. JACKIE CHAN dilahirkan di dalam keluarga miskin. Pernah dilaporkan bahawa semasa ibunya mengandung, lantaran kemiskinan, mereka tidak melahirkan JACKIE CHAN sehingga 12 bulan, yang mana akhirnya terpaksa melakukan pembedahan....... Kira terpaksa keluarkan si JACKIE CHAN ni awal ar dari kandungan ibu dia.


Sewaktu muda si JACKIE CHAN ni dah mula menunjukkan minat dia dekat seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan do, Judo, Wing Chung dan banyak lagilah. Hidup si JACKIE CHAN ni amatlah susah sehingga dia terpaksa tinggal di Flat yang cuma ada satu bilik je huhu... NAmun kesusahan tu bukan pengahalang JACKIE CHAN mendalami seni mempertahankan diri. Setiap hari dia akan berlatih Kung-Fu nya di Flatnya selama 18 jam. Dia sentiasa berlatih bersungguh-sungguh walaupun kadang-kadang dia gagal nak kuasai beberapa step Kung-Fu yang agar sukar. Dia sentiasa menganggap kegagalan itu sebagai suatu kekuatan untuk dia terus bangkit dalam mempelajari seni Kung-Fu ni. Usahanya membuahkan hasil yang lumayan, buktinya dia telah terkenal menjadi bintang filem aksi yang membawa generel KUng-fu-nya di dalam setiap filem yang dia belakun.


SO korang semua, kegagalan bukanlah satu penamat hidup untuk kita berhenti berusaha. Kalau korang nak berjaya korang kenelah berani menghadapi kegagalan, jangan takut untuk bangkit semula selepas gagal. Aku nak katakan dekat korang semua usaha keras dan sikap tidak putus asa selepas gagal adalah asas untuk berjaya.


"BUKA SENANG UNTUK JADI SENANG KEBANYAKAN ORANG GAGAL DI DALAM KEHIDUPAN ADALAH INDIVIDU YANG TIDAK MENYEDARI BETAPA HAMPIRNYA MEREKA DENGAN KEJAYAAN TATKALA MEREKA MULA MENYERAH KALA" 

Ingat tu koranG!!!  

Tuesday 24 December 2013

Berjaya dengan Berimaginasi





Hai asalammualaikum semua dan salam sejahtera kepada bukan muslim heee....
Hari ini aku asyik termenung jep huhu.... Mesti korang ingat aku putus cinta or ada masalah kan? heee... Takdalah aku termenung sebab aku cuba membayangkan masa depan aku jep heee... Aku cuba bayangkan yang aku akan jadi orang KAYA suatu hari nanti! heee... Pakai kereta besar, rumah besar, moto besar tapi satu je aku tak nak besar.... Korang nak tahu tak apa? heee... aku tak nak isteri yang besar hahaha... tapi kalau dah jodoh aku terima jep heee. Nanti tak kahwin pulak aku. Ermmm hai "Kalaulah Aku Kaya" mesti happy heee... Tapi kalau tak kaya pon takpa asal hidup selesa hutang takda and selamat dunia serta akhirat itu lagi penting bagi aku heee...




Aku nak cerita satu benda dekat korang hari ni. Erm korang tahu tak berimaginasi bagus sebenarnya. Senang cita beranganlah heee... Korang mesti tahu cerita angan-angan Mat Jeninkan? Yang kononnya dia panjat pokok kelapa sebab nak ambik buahnya untuk dijual. Time dia ngah panjat tu dia sempat berangan dekat atas pokok kelapa. Kononnya nak jadi kaya dengan memulakan perniagaan jual kelapa pastu start menceburi perniagaan lain. Lepas dah jadi usahawan berjaya dia nak kahwin dengan anak raja and the ending story dia mati sebab terlepas dari pegang batang pokok kelapa tu. hahahaha... Lawakkan? Tapi cuba korang bayang kalau angan-angan Mat Jenin tu menjadi kenyataan. Kalaulah dia tak jatuh dari pokok kelapa tu mesti dia dah kaya kan heeee... Allah swt menganugerahkan manusia dengan kelebihan minda yang boleh berimaginasi atau membayangkan. Sebab apa enk? Sebabnya kita boleh bayangkan kalau kita buat jahat apa balasannya dan kalau kita buat baik apa yang kita dapat. Itulah kelebihan berimaginasi. Senang cita sebelum kita lakukan sesuatu kita mestilah bayangkan sebab dan akibatnya ada paham? heee... Tapi kalau korang setakat bayangkan yang korang nak kaya tapi tak berusaha untuk kaya tak guna jugak....



KOrang kenal tak pemain bola terkenal dunia yang banyak dapat kasut MaS? Kalau yang kaki bola tu mesti tahukan heee... Yang tak tahu meh aku bagi tahu. Pemain bola yang sering mendaPAT kasut maS ni ialah Cristiano Ronaldo. Mesti korang nak tahu apa rahsia dia menjadi pemain bola terhebat kan? Pernah sekali dia ditemu ramah oleh seorang wartawan. Wartawan tersebut menanyakan apa rahsia Cristiano Ronaldo sehingga menjadi pemain bola terhebat?". "BeRImaGinAsI" dengan ringkas dia menjawab. Cristiano Ronaldo mula menceritakan bagaimana dia menggunakan teknik BeRImaGinAsI sehingga berjaya. Dia akan Spend time 40 minit untuk berimaginasi tentang setiap pelawanan yang bakal dia main. Dia akan bayangkan keadaan stadium yang dipenuhi peminat, cuaca semasa dia bermain bola, warna baju pemain lawan dan posisi yang digunakan oleh team bolanya untuk berlawan dengan pasukan lawan. Selepas berimaginasi selama 40 minit dia akan berlatih di padang seperti biasa. Jika kita lihat Cristiano Ronaldo bukan sahaja berimaginasi tetapi dia juga turut berusaha untuk menjadi pemain bola yang terhebat dengan berlatih bermain bola. So kalau korang yang kaki berangan tu jadikanlah apa yang korang angan-angankan tu sebagai kenyataan. Jangan hangat-hangat tahi ayam dahlah heee.. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan heee...





Oklah itu je aku nak kongsikan dekat korang hee.. Salam semua! Bila ada masa lagi aku tulis ok!


Monday 23 December 2013

Menyimpan Kenangan Lalu







Hai Asalammualaikum korang. Fuhhh ini hari aku penat betul, dok mengemas buku-buku sekolah aku. Ngah dok mengemas terjumpa pulak satu buku ni, dekat bawah timbunan buku yang dah tinggi cam Gunung Kinabalu tu heeee..... Aku pon ambik buku tu and baru nak buang dalam kotak sampah, macam dah tak guna jep. Tapi sebelom nak buang tu aku kasik tengok dululah apa isi buku tu. Tup, tupp mana tahu ada benda penting er an, an, an heeee.... Erm bila baca buku tu, sah aku terus tak jadi buang bukunya. . . Mesti korang menggila nak tahu apa isi buku tu an? Ok becontinue hehehe... menyirap jekan rasa. Ok buku tu adalah DiaRI lama yang aku tulis. Dah lama aku tak tulis DiAri sejak aku start jadi pelajar STPM ni. Bila aku baca balik diArI aku ni kelakar pon ada rasanya segala kenangan silam aku yang merangkumi pahit, manis dan secukup rasanya semua ada heee....








Ko orang tahu tak apa kebaikan menulis DIaRi ni??? Bagi mereka yang tiap-tiap malam dok menulis dekat dIaRi tu mestilah tahu apa kebaikannya hee....

DiaRi bagi aku adalah teman yang amat berharga, yang memperkaya hidup aku dalam banyak cara. Sebenarnya DiaRi ni merupakan rujukan yang paling berharga tahu. Sebuah DiaRi mampu mebawa kita ke masa silam yang tak dapat kita nak kembali. Lainlah Kalau ada mEsiN MaSa an macam dalam cite Doraemon tu heeee... Biasanya aku akan catatkan perkara yang paling happy dalam kehidupan seharian aku. Tak kurang jugak kalau masa stres, sedih, marah, cemburu dan segala perasaan yang berunsur emosi akan turut ditulis dkt diAri aku ni. Bagi aku DiaRiLah menjadi tempat luahan perasaan untuk aku kurangkan tekanan hidup huhu... Menulis diari juga boleh dikatakan sebagai satu cara untuk aku muhasabah diri dan memperbaik diri ke arah yang lebih sempurna. Dalam kehidupan ni tak semua benda kita jadi baik betul tak? Sebab manusia tu tak terlepas dari membuat kesilapan. So setiap kesilapan yang aku lakukan akan aku jadikan pengajaran terhadap diri aku.



Kalau korang yang baru nak tergerak hati menulis DiaRi ni, cubalah tulis dengan perkara yang happy dulu. Ala, sebelum tidur 10 minit pon jadi ar spend time untuk tulis catatan hidup korang pada hari tu. Sekarang ni maybe orang dah tak gemar tulis diaRi dalam buku sebab sekarang dah banyak gejet macam telefon pintar yang membolehkan korang catat diari dekat situ. Tak kesahlah dekat mana korang nak tulis janji korang ingat peritiwa hidup korang yang "MenyImpaN banyak KenaNgan Lalu" heee... Ok lah Selamat Berjaya Menulis Diari Korang ok.

Sunday 22 December 2013

Bosan Dengan Penulisan Sendiri











Asalammualaikum semua, kepada sesiapa yang sudi membaca blog hamba yang tak seberapa ini heee.. Sudah lama aku tak tulis dekat blog ni. Tujuan aku menulis blog kali ini kerana aku terfikir sesuatu. Seperti mana korang baca tajuk blog aku ni "Bosan dengan penulisan sendiri". Aku mula bosan dengan gaya penulisan aku yang aku fikir terlalu formal sangatkan korang? heee.... Tujuan aku membina blog ini pada awalnya adalah untuk berkongsikan pengatahuan yang aku tahu dengan gaya penulisan formal. Tapi kini aku mula rasa bosan pulak dengan gaya penulisan aku ni. Aku berpendapat aku masih mahu menulis di blog ini tetapi dengan gaya penulisan yang tidak formal. Mesti korang tak tahu apa tu tulisan tak formal kan?. Kepada mereka yang dah tahu tu, memang pahamlah dengan apa yang aku maksudkan ni hehehe... Erm aku masih mahu berkongsi ilmu dengan korang semua dengan gaya aku tersendiri. Ceh wahh ! ayat aku ni, tergelak pulak bila aku baca balik heee..




Pernah tak korang tahu, kenapa seseorang itu menulis? Pertama mesti terlintas dengan minda korang untuk berkongsi ilmu bukan? Tahu tak korang menulis ni boleh melepaskan tekanan dan juga boleh mendapatkan duit. Aku pernah dengar dari cikgu aku, seorang pelajar yang sentiasa menulis dan join pertandingan menulis karangan , cerpen dan sajak mampu memakai sebiji kereta kancil dengan duitnya sendiri. Agak-agak korang percaya tak? Macam tak je, macam tak je heeee... Tapi itulah hakikatnya dimana ada kemahuan disitu adanya jalan betul tak?






Mulanya dari situ, aku mula cuba-cuba belajar menulis. Tapi penulisan aku taklah sehebat A.Samad Said, Othmand Putih dan banyak lagi pengarang-pengarang buku yang agak terkenal bagi aku. Aku mula respect dekat budak-budak muda yang mula join dalam bidang penulisan ni dan menerbetkan karya dia orang sendiri. Bagus dan shabas aku ucapkan ! Bagi aku menulis ni sesuatu yang mengembirakan. Setiap apa yang aku tulis itulah yang terlintas di minda aku.


Dekat korang yang masih tak minat dengan bidang penulisan ni, cuba try menjinakkan diri korang tu dengan bidang penulisan ok! Mana tahu karya penulisan korang tu akan diterbitkan sebagai drama ke kan ? Takda siapa yang tahu toi tak heee...


Ok lah korang nanti aku tulis lagi apa yang aku rasakan wajar untuk dikongsi dengan korang ya! Asalammualaikum semua papai heeee....