Thursday 28 June 2012

Sebuah Kesabaran





AL-YAFII memberikan keterangan yang bersumber dari Abul Hasan: Ketika saya keluar menunaikan haji ke Baitullah, sewaktu tawaf, tiba-tiba saya melihat seorang wanita yang wajahnya memancarkan sinar berseri-seri, sehingga saya katakan: "Demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Tidak lain pasti kerana dia tidak pernah merasa risau dan bersedih hati."
  
  Tenyata waniata itu mendengar kata-kataku, lalu ia bertanya:
"Apakah yang suadara katakan tadi? Demi Allah saya tetap terbelenggu oleh duka-cita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang menyertai aku dalam hal ini."


   "Bagaimanakah kisahnya?" tanyaku kemudian.
  "Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban, pada waktu itu saya mempunyai dua orang anak, yang seorang sudah biasa bermain-main sendiri, dan yang seorang lagi masih menyusu. ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba puteraku yang agak besar berkata kepada adiknya:


     "Sukakah saya tunjukkan kepadamu, bagaimana ayah menyembelih kambing?"
  "Baiklah," jawab adiknya. Lalu adiknya ditelentangkan dan disembelih. Kemudian setelah itu dia ia merasa ketakutan, lalu lari ke sebuah bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh seekor serigala. Kemudian ayahnya pergi mencari puteranya, dan ternyata dia pula mati kehausan.


     Dan ketika ku letakkan bayiku dan aku tinggalkannya di luar pintu untuk melihat bagaimana keadaan ayahnya, tiba-tiba bayi ku merangkak menuju ke kuali yang sedang mendidih, lalu ia menariknya sehingga tertumpah isi kuali itu ke badannya dan menyebabkan dagingnya mengelupas. Kemudian berita ini sampai ke puteri ku yang telah berkahwin, maka ia jatuh pengsan sampai menemui ajalnya, sehingga aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


   Lalu saya bertanya: "Tetapi kenapa kamu nampak ceria berseri-seri, seolah-olah tidak ada sedikit pun rasa duka di hatimu?"


   "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh, melainkan ia menemui bahawa di antara keduanya ada jalan yang jauh berbeza. Sikap sabar adalah dengan memperbaiki yang lahir, maka itu baik dan terpuji. Sedangkan mengeluh, maka orang yang bersangkutan tidak memprolehi ganti, malah sia-sia sahaja yang akan dia perolehi, " jawabnya.







Keburukan Soya









ANTARA KEBURUKAN SOYA:



1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam    usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan yang kita makan tidak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.


2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, menyebabkan sel darah bercantum sesama         sendiri.






3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.



4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz. Namun, ianya juga mengandungi bahan racun dan perosak.



5. Mengandungi natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya boleh menyebabkan kembung perut, kekurangan asid amino dan kerosakan pankreas. Akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya, sesetengah pengeluar soya membasuh soya tertsebut dengan asid di dalam tangki aluminium.


6. Mengandungi unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan yang boleh melemahkan minda.






7. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.



Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development sehingga boleh mempengaruhi kejantinaan seseorang.


Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone iaitu komponen sebatian kimia yang dikaji mampu melegakan simptom menopaus, mengelakkan kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko peyakit jantung.






Walaubagaimanapun, kandungan isoflavonei ni bukan mudah untuk diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.






Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid’ iaitu yang mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Phytic acid juga merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin iaitu yang menyebabkan terbentuknya jaringan virus H1N1. Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.



Namun, bagi sesetengah produk soya seperti air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.






Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.






Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Ini seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat tumbesarannya dari kadar yang sepatutnya.



Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.





Lelaki yang mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu kerana penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.





Kajian mendapati, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya.





Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata. Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.





Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.





Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.





Diketuai oleh Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.





Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari. Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik

Wednesday 27 June 2012

kebaikan kopi dan teh


         Khasiat kopi dan teh

Mana satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas.


Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

                                                     



Rambut bersinar dengan kopi


Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.


Kopi singkir selulit


Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.


Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.


Buang sel kulit mati dengan kopi


Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.







Mata segar dengan teh


Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.





Teh melegakan kaki yang penat


Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.


Teh sebagai rawatan wajah


Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.


Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.


Teh melegakan luka


Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.


Kulit kepala sihat dengan teh


Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.
  
kelebihan lain teh:

  • menguatkan tulang
  • menghalang dari penyakit jantung dan kanser
  • mengandungi antioksiden
  • tiada kalori
  • kaya dengan metabolisma sesui untuk orang yang mengamalkan dayet

Tuesday 26 June 2012

Adab Menuntut Ilmu


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :………Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.


2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :”Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?”. Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.   Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.


3.  MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang   mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.


4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.


5.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja  kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.


6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke’aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


7.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “uf” dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : ” Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil”.


8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi’e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab’adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama’ silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.


9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama’ silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.