Tuesday 24 December 2013

Berjaya dengan Berimaginasi





Hai asalammualaikum semua dan salam sejahtera kepada bukan muslim heee....
Hari ini aku asyik termenung jep huhu.... Mesti korang ingat aku putus cinta or ada masalah kan? heee... Takdalah aku termenung sebab aku cuba membayangkan masa depan aku jep heee... Aku cuba bayangkan yang aku akan jadi orang KAYA suatu hari nanti! heee... Pakai kereta besar, rumah besar, moto besar tapi satu je aku tak nak besar.... Korang nak tahu tak apa? heee... aku tak nak isteri yang besar hahaha... tapi kalau dah jodoh aku terima jep heee. Nanti tak kahwin pulak aku. Ermmm hai "Kalaulah Aku Kaya" mesti happy heee... Tapi kalau tak kaya pon takpa asal hidup selesa hutang takda and selamat dunia serta akhirat itu lagi penting bagi aku heee...




Aku nak cerita satu benda dekat korang hari ni. Erm korang tahu tak berimaginasi bagus sebenarnya. Senang cita beranganlah heee... Korang mesti tahu cerita angan-angan Mat Jeninkan? Yang kononnya dia panjat pokok kelapa sebab nak ambik buahnya untuk dijual. Time dia ngah panjat tu dia sempat berangan dekat atas pokok kelapa. Kononnya nak jadi kaya dengan memulakan perniagaan jual kelapa pastu start menceburi perniagaan lain. Lepas dah jadi usahawan berjaya dia nak kahwin dengan anak raja and the ending story dia mati sebab terlepas dari pegang batang pokok kelapa tu. hahahaha... Lawakkan? Tapi cuba korang bayang kalau angan-angan Mat Jenin tu menjadi kenyataan. Kalaulah dia tak jatuh dari pokok kelapa tu mesti dia dah kaya kan heeee... Allah swt menganugerahkan manusia dengan kelebihan minda yang boleh berimaginasi atau membayangkan. Sebab apa enk? Sebabnya kita boleh bayangkan kalau kita buat jahat apa balasannya dan kalau kita buat baik apa yang kita dapat. Itulah kelebihan berimaginasi. Senang cita sebelum kita lakukan sesuatu kita mestilah bayangkan sebab dan akibatnya ada paham? heee... Tapi kalau korang setakat bayangkan yang korang nak kaya tapi tak berusaha untuk kaya tak guna jugak....



KOrang kenal tak pemain bola terkenal dunia yang banyak dapat kasut MaS? Kalau yang kaki bola tu mesti tahukan heee... Yang tak tahu meh aku bagi tahu. Pemain bola yang sering mendaPAT kasut maS ni ialah Cristiano Ronaldo. Mesti korang nak tahu apa rahsia dia menjadi pemain bola terhebat kan? Pernah sekali dia ditemu ramah oleh seorang wartawan. Wartawan tersebut menanyakan apa rahsia Cristiano Ronaldo sehingga menjadi pemain bola terhebat?". "BeRImaGinAsI" dengan ringkas dia menjawab. Cristiano Ronaldo mula menceritakan bagaimana dia menggunakan teknik BeRImaGinAsI sehingga berjaya. Dia akan Spend time 40 minit untuk berimaginasi tentang setiap pelawanan yang bakal dia main. Dia akan bayangkan keadaan stadium yang dipenuhi peminat, cuaca semasa dia bermain bola, warna baju pemain lawan dan posisi yang digunakan oleh team bolanya untuk berlawan dengan pasukan lawan. Selepas berimaginasi selama 40 minit dia akan berlatih di padang seperti biasa. Jika kita lihat Cristiano Ronaldo bukan sahaja berimaginasi tetapi dia juga turut berusaha untuk menjadi pemain bola yang terhebat dengan berlatih bermain bola. So kalau korang yang kaki berangan tu jadikanlah apa yang korang angan-angankan tu sebagai kenyataan. Jangan hangat-hangat tahi ayam dahlah heee.. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan heee...





Oklah itu je aku nak kongsikan dekat korang hee.. Salam semua! Bila ada masa lagi aku tulis ok!


No comments:

Post a Comment