Sunday 22 December 2013

Bosan Dengan Penulisan Sendiri











Asalammualaikum semua, kepada sesiapa yang sudi membaca blog hamba yang tak seberapa ini heee.. Sudah lama aku tak tulis dekat blog ni. Tujuan aku menulis blog kali ini kerana aku terfikir sesuatu. Seperti mana korang baca tajuk blog aku ni "Bosan dengan penulisan sendiri". Aku mula bosan dengan gaya penulisan aku yang aku fikir terlalu formal sangatkan korang? heee.... Tujuan aku membina blog ini pada awalnya adalah untuk berkongsikan pengatahuan yang aku tahu dengan gaya penulisan formal. Tapi kini aku mula rasa bosan pulak dengan gaya penulisan aku ni. Aku berpendapat aku masih mahu menulis di blog ini tetapi dengan gaya penulisan yang tidak formal. Mesti korang tak tahu apa tu tulisan tak formal kan?. Kepada mereka yang dah tahu tu, memang pahamlah dengan apa yang aku maksudkan ni hehehe... Erm aku masih mahu berkongsi ilmu dengan korang semua dengan gaya aku tersendiri. Ceh wahh ! ayat aku ni, tergelak pulak bila aku baca balik heee..




Pernah tak korang tahu, kenapa seseorang itu menulis? Pertama mesti terlintas dengan minda korang untuk berkongsi ilmu bukan? Tahu tak korang menulis ni boleh melepaskan tekanan dan juga boleh mendapatkan duit. Aku pernah dengar dari cikgu aku, seorang pelajar yang sentiasa menulis dan join pertandingan menulis karangan , cerpen dan sajak mampu memakai sebiji kereta kancil dengan duitnya sendiri. Agak-agak korang percaya tak? Macam tak je, macam tak je heeee... Tapi itulah hakikatnya dimana ada kemahuan disitu adanya jalan betul tak?






Mulanya dari situ, aku mula cuba-cuba belajar menulis. Tapi penulisan aku taklah sehebat A.Samad Said, Othmand Putih dan banyak lagi pengarang-pengarang buku yang agak terkenal bagi aku. Aku mula respect dekat budak-budak muda yang mula join dalam bidang penulisan ni dan menerbetkan karya dia orang sendiri. Bagus dan shabas aku ucapkan ! Bagi aku menulis ni sesuatu yang mengembirakan. Setiap apa yang aku tulis itulah yang terlintas di minda aku.


Dekat korang yang masih tak minat dengan bidang penulisan ni, cuba try menjinakkan diri korang tu dengan bidang penulisan ok! Mana tahu karya penulisan korang tu akan diterbitkan sebagai drama ke kan ? Takda siapa yang tahu toi tak heee...


Ok lah korang nanti aku tulis lagi apa yang aku rasakan wajar untuk dikongsi dengan korang ya! Asalammualaikum semua papai heeee....

No comments:

Post a Comment