Wednesday 12 June 2013

Kisah Ular Tunggu Mayat

Kisah Benar : Kisah Ular Tunggu Mayat




Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.


Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.


Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.


Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).


Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .


Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.


Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).



Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.


MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).


Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …







Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.


Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Tuesday 11 June 2013

ToP 10 kerja dari rumah yang.....
BUAT DUIT !

Berdasarkan maklumat dari FORBES, terbaru dari Biro Perangkaan Buruh, jawatan berikutnya mewakili pekerjaan bergaji yang boleh anda lakukan dari rumah anda. Perkiraan pendapatan adalah mengikut pasaran semasa. Best tak? Relek di rumah tapi boleh buat duit, MasyUUUKkk....


NO. 10
Graphic Designers
Weekly earnings :$890 usd
Yearly salary: $42,000usd


No.9
Tax Preparers
Weekly earnings :$1,061usd
Yearly salary: $31,000usd


No.8
Writers and Authors
Weekly earnings :$987usd
Yearly salary: $55,000usd


No.7
Public Relations
Specialists
Weekly earnings :$1,126usd
Yearly salary: $51,000usd


No.6
Registered Nurses
Weekly earnings :$1,055usd
Yearly salary: $62,000usd


No.5
Market and Survey Researchers
Weekly earnings :$1,162usd
Yearly salary: $61,000usd


No.4
Postsecondary Teachers
Weekly earnings :$1,166usd
Yearly salary: $59,000usd


No.3
Financial Managers
Weekly earnings :$1,227usd
Yearly salary: $99,000usd


No.2
Computer Software Engineers
Weekly earnings :$1,549usd
Yearly salary: $85,000usd


No.1
Physicians and Radiologists
Weekly earnings :$1,975usd
Yearly salary: $186,000usd




Monday 10 June 2013

Asal Warna Mr. Doraemon




aSaL UsUl dOrAeMoN



Cerita Doraemon berasal daripada komek manga Jepun yang popular. Cerita Doraemon ini telah dikarang oleh Fujiko F. Fujio iaitu tentang robot masa depan yang mempunyai peralatan yang hebat. Doraemon merupakan robot kucing yang telah banyak membantu Nobita dan kawan-kawannya.


Sejarah robot comel ini bermula apabila Doraemon telah dicipta pada tanggal 3 September 2112 di sebuah pabrik yang tidak jauh dari Tokyo. Produksi massal berbagai macam tipe robot terjadi pada abad ke-22.




Kerana sebuah kecelakaan dalam proses mebuatnya, mengakibatkan doraemon mengalami ketidaksempurnaan berbanding robot lain. Doraemon kurang 1 skru jika dibanding dengan robot kucing yang lain sehingga Doraemon menjadi barang kelas kedua.










Walau Doraemon tidak begitu baik dalam pembelajararnya. Robot ini kemudian dikirim ke Akademi Robot untuk dilatih sebagai robot rumah tangga.







Dalam setiap ujiannya, Doraemon selalu mendapat markah kosong. Namun akhirnya Doraemon lulus juga dalam peperiksaanya.








Akibatnya, Doraemon telah dilelong dan ditawar kepada sebuah keluarga miskin. Keluarga tersebut ialah keluarga Nobita dan dia harus bekerja sebagai penjaga bayi serta menjadi pengasuh dalam keturunan Nobita.


Pada suatu hari, sesuatu yang buruk telah berlaku kepada doremon saat Doraemon sedang asik tidur siang, sebuah robot tikus menggigit kedua-dua telinganya. (Catatan: Sumber lain mengatakan bahawa robot tikus tersebut merupakan milik Sewashi, cicitnya Nobita). Sejak saat itu Doraemon trauma sehingga jadi takut dengan tikus.







Kejadian ini membuat Doraemon sangat sedih dan dia menangis selama 10 hari.
Doraemon menangis dan dia terus menangis…





Disebabkan doremon terus menangis, air mata Doraemon membuatkan warna asal Doraemon yang berwarna kuning terang menjadi luntur. Air matanya membuatkan warna tubuhnya menjadi warna biru seperti yang kita tahu sekarang.







Sehingga sekarang robot comel ini masih menghiburkan kanak-kanak dengan ceritanya yang sungguh menghiburkan.