Thursday 26 December 2013

Korang Yang Pernah Makan KFC Wajib Baca

Asalammualaikum korang semua. Erm hari ini aku takda mood sebenarnya nak tulis, tak tahu napa huhu... Jam pon dah pukul 12.25 pagi. Hari ini dah lah moto aku pancit sedih jep huhu... Memang takda mood je rasa. Tapi aku rasa aku tetap jugak nak tulis dekat blog aku ni walaupon takda mood huhu... Ok ! Hari ni aku nak cite street to the point, ceh speaking pulak heee... Sebelum ni kalau korang ada terbaca aku tulis dekat blog aku pasal "BERANI GAGAL". 
OK sekarang aku nak cite benda lain pulak.

Ok aku nak tanya korang suka makan KFC tak? Mesti sukakan heee... Kalau yang tak suka pon mesti tahu jika disebut KFC iaitu Restoren francais yang menjual ayam goreng dengan resepinya tersendiri. Erkk lapar pulak bila nak cerita pasal KFC ni heee... OK korang mesti tahu logo KFC kan? Ada gambar atau replika orang tua berjanggut putih di kebanyakkan outlet KFC mahupun pada iklan-iklan berkaitan dengan KFC. KOrang tahu tak siapa orang tua berjanggut putih ni? Dah aku dah tahu jawapannya korang tak tahu heee... Yang dah tahu tu baguslah nampak sangat korang peminat setia KFC kan? heee...



OK, biar aku cite siapa orang tua berjanggut putih ni secara ringkas dekat korang. Nama orang tua berjanggut putih ni HARLAND DAVID "COLONEL" SANDERS. Dia dilahirkan pada 9 September 1890 di sebuah ladang berdekatan dengan Hendryville, Indiana. Sejak kecil dia dah takda ayah sebab meninggal masa umur dia 6 tahun. Ibu dia terpaksa bekerja sebagai tukang jahit baju untuk besarkan dia dengan adik-adik dia. SI SANDER(Orang tua berjanggut putih) masa kecil lagi mak dia dah ajar dia seni masakan daerah. Tak berapa lama bapak dia meninggal mak dia pun kahwin lagi sekali,  SANDER yang masa tu umur 12 tahun telah berhenti sekolah. Dia keluar rumah dan mula bekerja.  SANDER melakukan banyak kerja macam pertanian, kapal wap , penyelia pekerjaan landasan kereta api dan banyak lagi ar untuk tampung hidup.



Masa umur dia 40 tAHUN  SANDER  mula menjual ayam goreng dekat stesen gas yang dimiliki di North Corbin, Kentucky pada tahun 1930 .Kedai makan dia dinamakan  SANDER COURT & CAFE.  Disebabkan perniagaan dia maju  SANDER telah diberi gelaran kehormat "Kentuckuy Colonel" oleh Gabenor Kentuky, Ruby Laffoon.  SANDER telah besarkan kedai makan dengan menambahkkan 142 kerusi lagi. DIa mendapat pelanggan yang selalu menuju ke Florida, nak jadikan cite apabila laluan baru dirancang pada 1950 an untuk menuju ke Florida, kedai makan si  SANDER  ni hampir lingkup kerana orang tak ramai lalu depan kedai dia,

SI  SANDER terlampau bnayak  hutang sampai dia terpaksa menjual hartanah miliknya untuk selesaikan hutang. Dia mengalami kerugian yang besar kedai makan dia ditutup dan ketika itu umur orang tua berjanggut putih ni atau  SANDER berusia 65 tahun. Dia jatuh miskin, yang tinggal harta dia rumah buruk yang kecil dan van buruk. Namun dia tak putus ase, dia bertekat untuk mengubah kesempitan hidup dia.  SANDER  mula bergerak keluar dengan ven buruk dia untuk mengembara ke seluruh Amerika dengan tujuan untuk menjual satu-satu resepi yang dia ada iaitu " SECRET RECIPE OF KENTUCKY FRIED CHIKEN".

 SANDER pergi ke banyak kedai makan namu resepi dia di tolak secara mentah-mentah oleh pemilik kedai makan yang dia pergi. Malah ada orang cakap dia orang tua gila sebab dah tua tidur dalam ven dan sentiasa pakai pakian serba putih sama dengan janggut dia yang putih tu. Hampir 1000 kali resepi dia ditolak sampailah kedai makan atau restoren yang ke 1009 menerima resepinya dan mengatakan resepi dia sedap. Orang yang menerima resepi dia  ialah Pete Harman di South Salt Lake, Utah.  SANDER dan Pete Harman bekerjasama membuka kedai pertama Kentucky Fried Chicken pada tahum 1952.

Pada tahun 1960, Kentucky Fried Chicken telah dijual dengan lebih daripda 600 kedai francais dikedua-dua tempat iaitu Amerika Syarikat & Kanada. SANDER menjual operasi KFC seluruh francais pada tahun 1964 untuk US$2 juta dollar bersamaan dengan US$14.987.124 hari ini. Sejak daripada itulah, rangkaian KFC telah menjual tiga kali lagi kepada HEUBLEIN dalam tahun 1971 kemudian kepada RJ REYNOLDS 1982 dan PEPSI CO pada tahun 1986 yang menjadikan ia sebahagian daripada RESTOREN bahagian TRICO GLOBAL yang kemudianya telah ditubuh pada tahun 1997 dan sekarang tak silap aku nama dia YUM! BRANDs


SANDER meniggal pada tahun 1980, dan dia kekal sebagai simbol  utama  syarikat tu dalam buat promosi.


SO korang dah tahukan cerita disebalik orang tua berjanggut putih dekat logo KFC tu? BAgi akulah kuat betul semangat si SANDER ni. Walau dah tua pon sanggup nak berjaya! Bagus, bagus! Semangat si SANDER  ni mengingatkan aku dekat pencipta mentol lampu yang dah gagal banyak kali . Apabila ditanya kisah kegagalannya dia menjawab

"I HAVE NOT FAILED 1,000 TIMES. I HAVE SUCCESFULLY DISCOVERED 1,000 WAY TO NOT MAKE A LIGHT BULB".

sO KORAng janganlah nak cepat mengalah ok! Please berusahalah seperti SANDER. Walaupun dah tua tetap nak berjaya. Oklah aku nak tidur dulu, penat dah becerita dekat korang ni heeee.. Hope apa yang korang baca pasal kesah SANDER ( orang tua berjanggut putih di logo KFC) menjadi kekuatan untuk korang lebih berusaha. ok nanti aku tulis lagi ok ! Salam semua nak masuk tidur hee..

No comments:

Post a Comment