Thursday 28 June 2012

Sebuah Kesabaran





AL-YAFII memberikan keterangan yang bersumber dari Abul Hasan: Ketika saya keluar menunaikan haji ke Baitullah, sewaktu tawaf, tiba-tiba saya melihat seorang wanita yang wajahnya memancarkan sinar berseri-seri, sehingga saya katakan: "Demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu. Tidak lain pasti kerana dia tidak pernah merasa risau dan bersedih hati."
  
  Tenyata waniata itu mendengar kata-kataku, lalu ia bertanya:
"Apakah yang suadara katakan tadi? Demi Allah saya tetap terbelenggu oleh duka-cita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang menyertai aku dalam hal ini."


   "Bagaimanakah kisahnya?" tanyaku kemudian.
  "Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban, pada waktu itu saya mempunyai dua orang anak, yang seorang sudah biasa bermain-main sendiri, dan yang seorang lagi masih menyusu. ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba puteraku yang agak besar berkata kepada adiknya:


     "Sukakah saya tunjukkan kepadamu, bagaimana ayah menyembelih kambing?"
  "Baiklah," jawab adiknya. Lalu adiknya ditelentangkan dan disembelih. Kemudian setelah itu dia ia merasa ketakutan, lalu lari ke sebuah bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh seekor serigala. Kemudian ayahnya pergi mencari puteranya, dan ternyata dia pula mati kehausan.


     Dan ketika ku letakkan bayiku dan aku tinggalkannya di luar pintu untuk melihat bagaimana keadaan ayahnya, tiba-tiba bayi ku merangkak menuju ke kuali yang sedang mendidih, lalu ia menariknya sehingga tertumpah isi kuali itu ke badannya dan menyebabkan dagingnya mengelupas. Kemudian berita ini sampai ke puteri ku yang telah berkahwin, maka ia jatuh pengsan sampai menemui ajalnya, sehingga aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


   Lalu saya bertanya: "Tetapi kenapa kamu nampak ceria berseri-seri, seolah-olah tidak ada sedikit pun rasa duka di hatimu?"


   "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh, melainkan ia menemui bahawa di antara keduanya ada jalan yang jauh berbeza. Sikap sabar adalah dengan memperbaiki yang lahir, maka itu baik dan terpuji. Sedangkan mengeluh, maka orang yang bersangkutan tidak memprolehi ganti, malah sia-sia sahaja yang akan dia perolehi, " jawabnya.







3 comments: