Hari ini aku nak cite pasal komputer. KOrang kenal tak BILLL GATES? Hai kalau pakai komputer tapi tak kenal siapa si BILLL GATES ni baik korang buang je komputer korang tu heeee.... Ehhh!!! jangan buang aku gurau je heee... Meh aku citekan dekat korang tentang Encik BILLL GATES ni dari awal ok! Yang dah tahu tu takpa dengar je cite aku ni heee....
William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia. BILLL GATES ketika muda adalah seorang yang amat cerdik. Si BILLL GATES ni sering menjadi pelajar terbaik di sekolah terutama dalam bidang matematik dan sains sehingga berjaya ke Harvard University dan dengar cite dia pernah kene buang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy.
Satu perkara mengenai si BILLL GATES ni dia minat terhadap komputer. Apabila didedahkan dengan ciptaan komputer pertama, ianya bagai cinta pandang pertama buat si BILLL GATES! Dia terlampau suka dengan komputer dan programming membuatkan si BILLL GATES ni menjadi teruja dengan teknologi. Beliau mengambil keputusan untuk mendalami ilmu programming. Oleh kerana kepintarannya dalam bidang matamatik dan sains, segalanya menjadi mudah. Minat dan keghairahan si BILLL GATES terhadap komputer dan programmingnya, menjadi pemandu utama dalam mencapai kejayaan menjadi orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007).
Pengajaran yang aku nak bagi tahu korang: Lakukan apa yang korang minat! Kekuatan dan bakat yang korang ada jangan sia-siakan ok! Bagi aku dengan melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat memudahkan jalan kita untuk mencapai kejayaan. Kalau ada minat semua jadi !!! Jangan minat tapi buat sesuatu perkara tu bak hangat-hangat taik ayam tak guna jugak heee..
No comments:
Post a Comment